Thursday, October 27, 2011

20 Tahun Menanti

Tak ada wanita yang tak nak anak lepas mendirikan rumahtangga. Betul tak ? Tapi lepas setahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya berbelas tahun mungkin dari hendak jadi tak kisah. Tak dapat nak bayangkan  macam mana lah perasaan kecewa yang dia alami. Lebih-lebih lagi bila adik-adik yang masih terkinja-kinja semasa dia berkahwin sudah mempunyai beberapa orang anak.

Puas berubat sana-sini . Tak kira samada dengan cara tradisional atau cara moden. Asal orang sebut tempatnya, mesti sampai. Dah kuasa Allah belum nak beri, maka dia terima dengan redha. Pada awal perkahwinan berita gembira kehamilan menjadi  berita sedih selepas dia keguguran . 


Selepas 20 tahun, akhirnya terima berita gembira. Dengan hanya ke klinik untuk rawatan biasa tapi mendapat berita yang menggembirakan. Jangankan dia, semua yang dengar pun bersyukur pada Allah. Alhamdulillah.. dia telah mengandung. Usia kandungan 6 minggu. Diberi cuti sakit selama seminggu disebabkan keadaan rahim yang tidak kuat. 

Dugaan datang lagi. Pada minggu seterusnya  dia 'bleeding'. Selepas scanning &  check-up, rupanya bleeding berpunca dari 'ketumbuhan' di pintu rahim. Keputusannya hanya diketahui pada minggu hadapan.  Dia ditahan wad dan diberi injection untuk menguatkan rahim. Alhamdulillah keadaan fetus tak membimbangkan.


Semoga semuanya baik-baik sahaja. Kami sekeluarga melawat dia semalam.  Pada kawan-kawan yang membaca, diharap dapat berdoa untuk dia.  Semoga dia mendapat melahirkan dan membesarkan zuriat dia sendiri.  


Khas buat kakak aku,  Kak Ndak Azmila.  Take a good rest. Jangan buat kerja berat. No more shopping  lama-lama during sembahyang Jumaat !




27 comments:

kaklong said...

wah..good news!

take care kakndak Azmila..!

ibuintan said...

lamanya menunggu tu Reen... harap kandungan akk Reen tu selamat hingga melahirkan


selepas 20 tahun baru rezekinya, adik akak pulak 15 tahun masih menunggu rezekinya... entah bila lah pula sampainya

mak encik | SZ said...

alhamdulillah...
semoga anak sedara baru kak reen selamat dilahirkan ...

penantian...

kakngah said...

alhamdulillah...
ada rezeki tak ke mana..

untuk kak ndak...
take care... semoga segalanya selamat dan dipermudahkan. amin.

Anonymous said...

moga semuanya selamat ya. - Q
(sorry lupa nak beri salam...
assalamualaikum tuan rumah...hehehe)

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segalanya.

My Life My World said...

Semoga segalanyer dipermudahkan. AMIN

kasihibu said...

tahniah
semoga segala galanya akan berjlan dgn baik
semoga bakal ibu sihat dan baby selamat dilahirkan

Ms.Lilies said...

moga semuanya baik2 je...
take care

Unknown said...

Alhamudulillah..
insyaAllah yang baik itu semua nya daripada Allah

new here ^_^

Mak Su said...

smoga berjaya insyallah

amirah said...

semoga semuanya selamat dan dipermudahkan..

Queen said...

insyaallah...moga slmt semuanya,,.

blackcardomompods said...

Kita yg xkenal dgr pun rasa happy.ni kan tuan punya bdn.taniah :)

julietchun said...

semoga selamat semuanya.

Acik Erna said...

Alhamdulillah dan Tahniah..semoga kakak reen selamat melahirkan.

tasekM said...

alhamdulillah...

aku tumpang gembira reen.




.

terokai seni said...

alhamdulillah moga Allah beri kesempatan merasi nikmat zuriat

eeelok le jangan shopping time jemaat, menangis tok katib kalo dia tau...

Kak Long Mawar Merah said...

Insya Allah, kalau dah rezeki nak diberikanNya, bila-bilapun dia akan beri. Semoga semuanya selamat dan minta dia jaga diri baik-baik.

suri solehah said...

semoga Allah permudahkan kakak reen..insya allah impiannya akan jd kenyataan

Ibuhani said...

smoga kakak Reen cepat sembuh n baby x apa2.....smoga dia tabah!

Hamizah said...

lamanya..
hrp2 tmakbullah..
kesian org x anak..

idasm said...

alhamdulillah... syukur, ida pun teruja dgr berita gembira ni. maklum lah lepas 20 tahun menanti..
siapa sangka kan. tp kuasa Allah siapa tahu.

semoga kandungannya sihat dan berjalan lancar tanpa apa2 masalah. take care ye.. kakak reen.

Ann Huda (Ate) said...

Terharu membacanya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat Kak Ndak Azmila. Moga usaha dan doa untuk mendapatkan zuriat diperkenankan Allah dengan dipelihara Nya sehingga selamat melahirkan dalam keadaan sihat baik buat KaK Ndak Azmila mahupun bayi di kandungan.

Ati Masrif said...

semoga selamat hingga melahirkan..amin!

jangan tensionkan diri tu..

gadisBunga™ said...

insyaAllah....kalau anak itu adalah rezekinya, kandungannya takkan terjejas. sama2 kite berdoa...

Yanti Othman said...

salam buat kak ndak..

take care yee..

Linky's Magical


ShoutMix chat widget