Sunday, August 30, 2009

:: ULANG TAHUN YANG KE 5, DHIA FARIHIN ::

7 kawan yang bezz
Hari ini Angah genap 5 tahun. Masa Angah dilahirkan, jam di dinding 10 minit hendak menyambut kemerdekaan pada tahun 2004. Semua staff nurse dan doktor yang ada di Pusrawi, Jalan Ipoh ketika itu memang menantikan detik itu...Rupa-rupanya tidak berkesempatan kerana Angah telah selamat dilahirkan 10 minit awal.

Adiq aku, Axura beli kek untuk Angah dan Anak dia sekali dan kami semua berbuka puasa kat umah emak.

Ramai betul kat umah mak aku. Ketika aku menaip n3 ni acara memotong kek belum bermula sebab semua belum balik dari terawih.


Akan bersambung .....


Friday, August 28, 2009

:: SHARING IS CARING ::

8 kawan yang bezz
Ada sesiapa yang pernah cuba niy ? Maaf gambar tak berapa clear... ada satu bulb kat bilik aku kong.

Pada sesiapa yang pakai spek boley cuba pakai. Aku bukan nak promote sebab aku tak dapat apa pon tapi bak kata kawan aku niy.....'sharing is caring'.

Kebetulan jer hubby aku beli sebab promoter yang jual tuh puas menghabiskan air-liur dia suh hubby beli.. Hubby yang memang jarang 'menyopping' atau memang tak suka sopping niy boley terbeli jugak mende-alah niy. Mamat tuh titiskan kat mata hubby dan dia urutkan sikit kedua-dua mata dan suh biarkan dalam lima menit.. Lupa nak cakap... power spek hubby dalam 375-400...

Alhamdulillah...memang berkesan. Hubby aku rupenya ada 'silau' problem masa drive malam.. Aku baru tau bila dia bagitau aku yang problem dia dah okey sket . Padanlah selama niy dia suh aku drive bila balik malam dari mana-mana @ ke mana-mana ... abang-abang....simpan rahsia yer...

Jadik, bagi sesiapa yang nak cube, boley beli sebab harganya reasonable. Mamat tuh jual RM40 sebotol kalau amik dua botol RM75. Kandungan 24ml jer. Antara bahan2nya ialah mutiara. Kalau aku bohong maknanya Mamat tuh pon bohonglar yer..

Kesannya mungkin sama dengan yang ada kat market sekarang tapi untuk toner niy tak payah beli dari step1 ke step 3 bagi satu set untuk kegunaan yang sama .


Tak salah mencuba kannn..

Nama Produk : Toner Mata Ainun Theraphy edaran Pusat Rawatan Inabah, KTgganu.

No. telefon : ...ada tapi tertinggal kat umah lah.... nanti yek..



Till Now.




:: Masa Utk Membuat TAG ::

6 kawan yang bezz
Tag dari Omar ..ni kes revenge tp cara baik dari dia hehehe..


1. Anda rasa anda hot?

^_^dulu yer...skang ni dah cold...otai kannn...
huarh..huarh..huarh...(kena buat mcam Saiful Apek..)


2. Upload gambar2 kesayangan anda!
^_^aku sanggup scan dan simpan satu-satunya gambar niy.


3. Kenape anda suka/sayang gambar ini?

^_^ aku sayangkan gambar ni sebab inilah tahun pertama kami sekeluarga tidak dapat beraya bersama arwah ayah pada tahun 1990. Gambar ni disnap di pagi hari raya. Arwah ayah meninggal sehari sebelum raya tahun tu... sedih pulak ...lebih-lebih lagi di bulan pose ni.....
Oklar.. ...dah tak nak sedih2... sedekahkan Al-fatihah....


4. Bila kali terakhir anda tak puasa?

^_^ soklan aper niy yer...tentuler bulan yang bukan bulan pose ...



5. Lagu terakhir yang anda dengar?
^_^The Show > Lenka.... hp aku baru jer bunyikk... adiq aku tepon tya psal pojek weekend niy...



6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?

^_^baru lepas tengok citer The Incredible @ Disney. Masa aku taip ni pukul 950 malam...along kat pangku sambil tonton Sponge Box Square Pant.... sila ulang, along yer dan bukan abang...abang tengah sojau sebab sakit pala..hehehe...

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama ape?

^_^ Teh panggilan sebelah aku dan Ngah panggilan di sebelah hubby @ pilih jer dari nama aku yang pendek ni A.Z.R.I.N.A.


8. Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan..


1) Nita - colleague yg ajak aku bukak blog niy... thanx Nita.
2) Cikwan – ibu kepada twin yang tomei2... jauh nun di Taiwan. Masakannya mmg sodap-sodap !!
3-Suealeen- ibu yang nak merempit dengan tag dari aku tp dah dkat 2 minggu dia senyap jer...
4)LinDa – dia memang manissss...ibu pada 3 orang anak. Kesian anak sulong dia yg luka bebaru ni ....
5)Nina – setiap kali aku bagi tag....dia akan buat ..tp aku selalu terlambat baca... hehehe
6)Bie Azreena – walupun baru jer kenal, aku dpt award dari adiq ni yg tinggal kat Bunei. Tak post kan lagi award dari dia..
7) Wan Amalyn – letak nama ko last..tak priority eh..pasal tau ko tak suke nak buat tag...hehehe...



Pesanan : pada yg tak nak buat xpe, xde heart feeling ...hehehe...ikut suke gitu..



Till Now.



Thursday, August 27, 2009

:: HARI LUAHAN PERASAAN ::

10 kawan yang bezz
Pagi ini sessi meluahkan perasaan ..

Aku paksakan diri untuk balik sebelum pukul 5.30 petang setiap hari. peringatan untuk diri aku supaya jangan nak tunjuk rajin, rajin hanya bila nak dekat bonus jer...hehehe.. Akan sampai di rumah dalam 40 minit lepas itu setelah mengambil anak-anak di nursery. Mulalah terkejar-kejar nak memasak...pang-pung-ping-pang kuali dan periuk belanga berbunyi.

Maghrib dah nak hujung baru nak solat.. haii..kena tukar schedulelar jawabnya..tak elok betullar....

Lepas solat, sessi penge'lear'an pulak.. rosak bahasa betullar... Dah siap sumer, memang keletihan dan kepenatan... badan dan minda; dua-dua penat.

Selepas hubby dengan hero-hero keluar pergi solat terawih, dalam pukul 9.00 malam aku dan adiq mesti terlelap macam tak ingat dunia.... Kononnya nak ajak adiq tidor tapi aku pun terbongkang sama... Sedar-sedar dah pukul 11.30malam. Mulalah mata tak boley nak tidor balik...barulah nak kepis sini-kepis sana. Dalam pukul 1.30pagi baru boleh lelapkan mata. Bangun semula untuk persiapan sahur dalam pukul 4.30pagi.

Dah nak habis seminggu puasa tahun ini. Memang tak sihat cara aku ni. Adakah faktor umur yang dah meningkat atau sebab taknak makan supplement ??...

Mulai hari ini aku nak cuba tahankan mata aku niy hissh..boley ker niy... . Banyak lagi outstanding... Kain Baju Kurung yang sepatutnya jadi baju raya tahun lepas tak siap-siap tak efisien langsung !!, Langsir tak mula jahit lagi.. Alahai... sempat ker niy...

Till Now.





Tuesday, August 25, 2009

Glamer atau Perasan Jer ??

13 kawan yang bezz
Tahu tak ape ni ??
Masa zaman remaja memang aku ngan school mate heboh buat mende alah niy.. Pazz kat sorang-sorang suh tulis..
.
Untuk ape? Terikut-ikut terus simpan jadi kenang-kenangan. Percaya tak percaya aku dah simpan dari tahun 1987 hingga ke hari ini.. Masih elok dan tersimpan rapi.
Ini cover depan ...aku memang hantu garfield dulu !!hehehe..
Ini bagian intro.... gambar masa form2.. cam tomboy tul kann..hehehe.

Ini last page... Ntah ape-ape aku tulis... yang aku ingat..sumer kata-kata cinta @ peransang tu dapat dari gula-gula bentuk hati @ heart. Aku kena beli dan bukak plastik gula-gula tu dan salin ayat-ayat power tuh... hish macam takde keje lain kann...


Ini aku punya biodata...glamer macam artislah pulak.. macam-macam ada . Sumer gambar-gambar tuh artis HongKong. Kat sekolah tuh banyak anak cha-ya-nun-alif yang cakap dialek kantonis jadi aku pun terpengaruh jugaklah tengok sumer citer-citer tuh...


Sanggup turun-naik bas pergi BB Plaza untuk dapatkan otograv dari kartunis-kartunis Gila-Gila niy tapi aku tak ingat bila tahunnya. Kalau tak silap aku, skarang niy diorang dah berpecah. Gila-Gila, Apo ? dan Ujang.


Seronok bila baca balik... aku gelak sendiri jer....





Till Now.


Baca Ke Tengok ??

10 kawan yang bezz
Malam tadi selepas balik dari solat terawikh, hubby duduk sambil baca Majalah Nona keluaran raya yang baru aku beli kelmarin. Along sampai jer terus zzzzzz..... Hubby kata ada tazkirah selepas itu tapi tak boleh nak dengar sebab along dah terlelap di pangku dia. Ini gara-gara ubat selesema dan batuk yang aku beri selepas berbuka semalam.


Angah seperti biasa akan mulakan perbualan sambil memanjat belakang abah dia sebab nak ajak bermain. Hubby kata " angah jangan kacau abah, abah nak baca buku niy..." Aku nampak angah perhatikan abah dia sambil berkerut.

Tak lama lepas tu angah tanya " abah niy baca ke tengok ? angah tau.. abah bohong sebab kalau baca mesti suara keluar ikut mulut...angah tak dengar pun !! Teacher angah cakap berdosa tau kalau bohong." Hubby jawab " abah baca kat dalam hati jer". Angah terus pergi belakang abah dia dan tekapkan telinga dia dibelakang abah dia dan terus kata " angah tak dengar pun !! .Hubby tak boleh nak jawab apa terus ketawa terbahak-bahak. Aku pun ikut ketawa jugak.

Angah ni memang pandai bercakap atau keletah sangat... Kalau satu ditanya... sepuluh dijawabnya.... Alahai anak.



Till Now.

Monday, August 24, 2009

:: Mengapa Bayar Lebih ! Belilah Dengan Harga Borong !! ::

8 kawan yang bezz
Pada tahun ini aku membuat keputusan untuk tidak menempah baju-baju raya untuk kami sekeluarga. Kami tidak perlu membazir untuk mengeluarkan duit lebih untuk membeli kain ela dan membayar upah tukang jahit seperti tahun-tahun yang lalu. Aku mencadangkan kepada hubby supaya beli 'ready made' sahaja.


Semalam ke Mydin USJ untuk menerjah baju-baju di sana. Tiba di sana orang dah mula ramai. Semua bangsa ada. Teringat semasa bekerja di USJ dulu. Di situlah tempat aku membeli barang keperluan dapur selain Giant. Pencarian membuahkan hasil setelah aku puas membelek yang berkenan di hati.

Dapat membeli baju melayu buat hubby, along, angah dan adiq. Untuk aku, tiada yang berkenan di hati. Hanya baju yang akan dipakai semasa raya kedua nanti... dahh plan nak pakai ape??..hehehe teruknya aku.. Kualiti jahitan memang cantik. Disebabkan aku tahu menjahit, maka itu yang aku perhatikan dahulu. Harga kesemua baju tu amat berbaloi.

Baju Melayu hubby : RM49.90
Baju Melayu along : RM39.90
Baju Melayu angah : RM29.90
Baju Melayu adiq : RM33.90


Murahkannn...!!
Nak dibandingkan dengan upah menjahit baju melayu sahaja sudah RM60-RM180. Hubby tersenyum bila aku katakan aku telah menyelamatkan poketnya bagi raya tahun ini...


Tiba saja di rumah, angah dan adiq terus memakai baju mereka ... tersenyum-senyum bila aku dan hubby kata cantik... Angah terus kata " Angah memang hensem bila pakai sampin". hehehe... sebenarnya bila sampai jer di sana semalam, angah terus minta aku belikan dia sampin macam sepupu-sepupu dia. Hubby memang tak pernah pakai kecuali waktu bernikah sahaja dulu...

Mula dari tahun ni kenalah pakai sebab anak dah minta nak pakai...


Till Now.

Saturday, August 22, 2009

:: Sahur Beramai-ramai ::

14 kawan yang bezz
Buat pertama kalinya pada tahun ini kami sekeluarga bersahur beramai-ramai. Pada tahun-tahun sebelumnya hanya aku dan hubby sahaja bersahur dan kadangkala Along turut serta tanpa dipaksa.


Sejak dari minggu lalu Along dan Angah menghitung hari bila puasa bermula. Seperti biasa aku tidak mahu memaksa anak-anak. Mungkin pada tahun lalu Along melihat semua rakan-rakan serta sepupu-sepupu berpuasa penuh maka tahun ini dengan sendirinya dia bertekad untuk menghabiskan puasanya. Ditambah lagi dengan pesanan dari Ustazah di sekolah KAFAnya membuatkan dia bersemangat sekali. Aku gembira kerana tanpa paksaan atau disuruh Along dengan rela hati ingin berpuasa dan ini diikuti oleh Angah. Angah buat pertama kalinya diumur 4 tahun sudah ingin berpuasa.


Aku menghamparkan hamparan di dapur dan menikmati sahur dengan bersila. Teringat kembali nostalgia zaman kanak-kanak dahulu. Semua adik-beradik duduk bersila dalam bulatan untuk bersahur bersama-sama. Apa yang pasti, emakku akan menjadi orang yang terakhir makan bagi memastikan semua anak-anaknya dapat menjamah makanan .


Selepas sahur tadi aku sudah mula memotong cili kering, bawang merah dan bawang putih yang perlu dikisar untuk dibuat stok memasak nanti. Pulang dari ofis nanti aku akan mula mengisar kesemua bahan-bahan masakan tersebut.


Semoga kami sekeluarga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

AZAN SUBUH MERENTAS SEMPADAN,
FAJAR MULIA SYAHDU DI HATI,
SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN,
MOGA AMALAN KITA DIBERKATI.


Till Now.

Friday, August 21, 2009

:: BerSyukur ::

9 kawan yang bezz
Pagi ni sewaktu dalam perjalanan ke ofis, di hadapan aku seorang ibu tua sedang membonceng motor untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Keadaan motornya yang agak lama itu membuatkan Ibu itu membawa motornya dengan perlahan sekali.


Jam menunjukkan 7.35pagi. Dah lambat agaknya mereka. Apa yang menarik perhatian aku adalah keadaan kedua-dua anaknya. Kedua-dua mereka sedang makan 2 keping roti. Cara mereka makan membuatkan aku rasa sangat sayu. Terawang-awang tangan mereka. Bergenang air mata aku tadi. Di waktu aku menaip ini pun air mata aku masih menitis.. . Teringat tentang anak-anak, bagaimanakah keadaan mereka nanti bila ditimpa kesusahan..


Aku bersyukur ke hadrat ILAHI yang telah mengurniakan rezeki walaupun tidak melimpah ruah namun cukup untuk meneruskan kehidupan harian tanpa mengeluh tentang kekurangan.


Till Now.




Thursday, August 20, 2009

:: HINDARI ASMA DENGAN JUS EPAL ::

1 kawan yang bezz

Kajian yang dilakukan oleh The National Heart dan Lung Institute mendapati jus epal berupaya mengubati penyakit asma.

Pengambilan jus tersebut sebulan sekali akan menurunkan risiko untuk mengalami sesak nafas, tanda terpenting serangan asma. Penemuan tersebut dibuktikan menerusi penelitian ke atas kanak-kanak berusia lima hingga sepuluh tahun yang tinggal di kawasan Greenwich, London.

Para penyelidik telah bertanyakan ibu bapa kanak-kanak terbabit tentang penyakit yang dihidapi oleh anak-anak mereka serta jenis buah-buahan yang sering dimakan oleh kanak-kanak tersebut. Hasilnya, anak yang meminum jus epal memiliki risiko sehingga 50 peratus lebih rendah untuk mendapat sesak nafas berbanding anak-anak yang tidak meminum jus tersebut.



petikan dari Harmoni.

Till Now.




:: Sudah Lama Tidak Ke Sini.... ::

7 kawan yang bezz
Hari minggu yang lalu hubby ajak ke Tg Karang untuk beli lauk-pauk yang baru turun dari laut... fresh gitu... Dah empat purnama tak beli kat situ.. purnamalah pulakk.. hehehe. Selalu beli di Pasar Borong Selayang. Kali ni nak beli di sana pulak. Hubby telefon peraih ikan2 tu dulu sebelum pergi untuk tentukan banyak atau tidak hasil tangkapan nelayan... Lepas sarapan kami bertolak ikut route Batu Arang > Kota Puteri > Ijok> Kuala Selangor > Bagan Pasir. Sampai dalam 30minit. Bezanya hanya lebih 5km sahaja dari rumah ke Selayang.

Anak2 aku xcited sangat bila dapat tengok bot-bot nelayan tu... Masa zaman aku kecik2 dulu sumer ni aku tak lalui jadi aku pastikan anak2 aku merasa suasana begini... Tengok bot-bot nelayan, ikan-ikan segar, kampung nelayan kaum Cina ngan Melayu kat sana...Memang banyak soalan yang ditanya anak2 aku tu...dan aku pastikan jawapan aku tu memuaskan hati semua...

Disebabkan kami bertolak agak lambat, kebanyakan hasil tangkapan tu dah dibeli oleh pembeli yang datang awal dari kami. Di Bagan Pasir hanya dapat beli beberapa jenis ikan saja. Selepas itu kami ke Pasar Pasir Penambang pulak untuk mencari lauk yang lain.

Di pasar, dapatlah beli ketam yang hidup serta udang yang baru naik. Harga agak mahal tapi yang penting fresh.. Bila dah jual di pasar mestilah penjual tu menaikkan harga sikit.. Sampai di rumah, terus mulakan operasi. Kerja menjadi mudah disebabkan ditolong oleh hubby.. Timakaseh bang.... Hubby memang rajin menolong aku di rumah.. tapi untuk yang ini memang buat kali pertama.... aku terkesima..






Jangan terpedaya dengan ketinggiannye... ianya hanya dipenuhi oleh ais..













Till Now.



:: Hati Tak Tenteram.... Jadi Gembira ::

8 kawan yang bezz
Dalam pukul 11.30pagi semalam dapat panggilan telefon dari nursery. Adiq menangis dan badan dia panas semula. Hati mula tak tenteram.. Aku siapkan kerja yang patut dan terus inform HRD nak ambil halfday. Tepat jam 1200 aku bergegas balik. On the way balik aku singgah di McD Drive Thru dan tapaukan apa-apa yang patut untuk dimakan. Yang memang pasti kalau nak masak memang tak sempat..

Sampai nursery dalam pukul 1230. Semua budak-budak termasuk anak-anak aku sedang tidur bergelimpangan. Kesian tapi nak buat macamana... Semua Ibu bapa perlu bekerja untuk membesarkan anak-anak. Kalau diikutkan hati, memang nak berhenti tapi memandangkan kos hidup yang tinggi masa ni, maka aku matikan hasrat itu. Aku hanya berangan-angan jika Adiq sudah mula ke sekolah nanti , aku akan membuat keputusan samada perlu atau tidak aku berhenti...


Aku hanya membawa Adiq balik ke rumah. Seronok tengok bila dia tersenyum-senyum bila nampak beg plastik McD. Walaupun di nursery Adiq dah makan, dia menghabiskan satu mangkuk bubur tu... Adiq memang ingatkan Abang-abang dia. Bila tengah makan, dia tanya samada makanan yang lain tu untuk Angah dan Along.

Untuk aku, hanya mee kari dan cendol pulut sahaja... cukuplah bagi mengalaskan perut dan yang pasti sangat gembira bila melihat Adiq ceria... Sesudah makan ubat, Adiq tidur dan bila bangun, demamnya dah kebah... Alhamdulillah..

Till Now.




Tuesday, August 18, 2009

:: Strike Through Text ::

9 kawan yang bezz
Bagi owang baru cam aku niy.. consider barulah kannn...baru 6bulan jer...

Aku suke xplore dan bega mcam2 untuk blog aku niy... rasanya template jer aku dah tuka 4 kali...teruk betulkann..



Ari niy aku berjaya mencarik camne nak wat STRIKE-THOUGH-TEXT...
Dah lama gak aku perati blogger len punya.. yang penting aku tak tiru dan ini adalah hasil usaha aku sndirik.... hanya copycat jer.... hehehe...


kalu stakat ms office...memang terrer lah kann.... eksyennyer aku.... tapi blogging niy tak bape pandai sangat....


aku jumpa kat sini.








atau nak senang kan citer, aku paste kan cam kat bawah niy...




Bagi sesape nak gune boleylah buat...

Till Now.

:: EL ::

6 kawan yang bezz
Aku telah ditakdirkan untuk emergency leave semalam walupun dah decide tahun ni no more EL.... Aku sms mrboz/hrd pukul 1.30pagi hari Ahad arituh..

Angah dan Adiq kena demam panas.
Pasal anak sakit ni, memang tak boley dielakkanlar kann...
Kesian betul dedua anak aku tu... lembik dan merengek jer ...
Bila tengahari ...macam dah susut sket tapi bila tengah malam, badan panas balik...

Masa bangun pagi semalam....

Angah : " Ibu, orang demam tak boley pergi sekolah kan?"
Aku :"kalau boley cakap, kena pergi sekolah lar..." saja aku nak usik dia..
Angah: "tapi Angah panas lagi niy... cuba Ibu rasa kat deher Angah"
Aku : "yelah... kalau demam cakap jangan kuat-kuat..."
Angah :"yelah... "
(Bila waktu demam, Angah mesti akan cakap dengan tone yang tinggi..tak tau sebab ape...)



waktu pagi semalam... Angah sambung tido semula dalam pukul 745am.
Adiq nak tido dalam pangku, dah lelap baru boley alihkan dia...
sampai kebas kaki aku... takpelah pasal anak kann...

Tido lagi dalam pukul 400pm ...
gara-gara ubat sesema ngan batuk.....


Malam tadi. Dalam pukul 12.40am... badan Angah panas balik. ...Aku jaramkan dengan air asam jawa kat pala dia...



Alhamduliilah pagi niy..dedar sket dan aku pesan kat nursery helper tu tadi incase panas sangat ...call aku ..


Aku terpaksa datang keje gak hari ni.... Kalau ikutkan hati memang nak sambung cuti lagik...tapi ada outstanding matters kat ofis... By the time aku post n3 nie.. outstanding keje tu dah pon siap....



Till Now.

Saturday, August 15, 2009

:: MAKAN SAMBIL BEKERJA UNDANG PENYAKIT ::

8 kawan yang bezz


Mungkin malas. Barangkali juga terlalu khusyuk. Atau pun tiada masa kerana kerja yang bertimbun. Jadi ramai yang makan sambil menyiapkan kerja.


Sekali atau dua tiga sekali seminggu tidak mengapa. Tetapi bagaimana jika lebih kerap atau setiap hari? Ini kerana makan sambil bekerja boleh mengundang penyakit.


Berdasarkan statistic American Dietetic and ConAgra Foods Foundation, 70 peratus warga Amerika Syarikat makan tengah hari di meja kerja beberapa kali dalam seminggu.


Makan di meja kerja membuatkan kita kurang focus pada makanan. Akibatnya, kita makan secara berlebihan. Selain itu kebersihan meja juga perlu dipersoalkan.


Tahukah, meja kerja merupakan salah satu tempat yang kaya bakteria selain tandas.

info dari harmoni.


Till Now.



Friday, August 14, 2009

Google Earth !

6 kawan yang bezz
Aku tersangatlar sibuk ari niy......
Dah takde cara len dah niy.. Sape yang terror leh lah tolong aku..

Aku nak download google earth for kerjanye purpose tapi tak buleh-buleh...
Firewall aku dah offkan..

Nak tanya ITgai kat sini... he's not feelin well jadi aku cecuba tanya kat sinilar...
Tolongler.....


dah folo instruction...

takley gak ...camne nie?


Till Now.


Thursday, August 13, 2009

:: the tag & award from en_me ::

14 kawan yang bezz

1. COPY AWARD UNTUK DILETAKKAN DALAM BLOG ANDA.
aku edit sket ...dah buat dah..


b. NYATAKAN 6 FAKTA MENARIK MENGENAI PEMBERI AWARD INI... en_me
1. pemilik blog yang memang lumayan dengan tempat yang diterjah itewww...
2. orangnyer sensitif kot..lelaki jarang nangis bile tengok citer or teater
3. minat amik gamba dan yang pasti sumer gamba tu mesti santekk sangatt..
4. Orang nye cool ...ghasenye lah..
5. low profile kot... pasal tak nak tunjuk mukanye itewww..
6. pergi keje dengan skuter kesayangan .. tapi takde orang nak tumpang...hehehe

c. SETIAP BLOGGER MESTI MENYATAKAN 9 FAKTA/HOBI DIRI SENDIRI.

1. ibu kpd 3 org anak yang tomei-tomei ....

2. suka berborak tanpa henti .. tapi kalu kenal lar..kalu tak; memang nyombong..

3. suka tengok tv channel Oasis, Disney ngan AXN.
Al-Fatihah buat Ustaz Asri, Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Selalu dengar arwah berzikir kat Oasis...

4. suka sopping...takley nak ubah..huhuhu

5. sudah pastinya aku suka gardening, memasak dan menjait walaupun kengkadang malazz datang melanda ..

6. memang suka layan novel ... mula menerawanglah nanti...

7. suka membebel... tapi kat anak jer.. hehehe..

8. dengar lagu indie & hindustan tapi skang dah kurang sket…

9. Tak suka blogger yang citer meleret-leret ... sempoi jer..tapi aku pon kengkadang meleret-leret gaks... hehehe... paku-serpah-paku-serpih..


PILIH 10 ORANG PENERIMA AWARD DAN DESCRIBE TENTANG MEREKA...

Susah gak nak tag-tag orang niy mana tau orang maleh nak buat. Pada yang kena tag..sudi2kanlah membuat yer..

1. Omar @ Messyremo – sorang student kat IIU yang aku memang suke baca blog dia yang sempoi – tengah dilamun cinta agaknye dia sekarang?
2. Ted- seorang yang penyayang kepada kuceng2nye… pernah mintak tag lagi kannnn ??
3. Nita @ mummy miqhael - Ibu kepada twin jugak colleague aku yang baru baik dari sakit..
4. Wan Amalyn – Member lama yang giler ngan sumer novel2 dia...
5. Suealeen - ibu kepada 3 orang anak .... blog yang banyak info..
6. krasz Batu – sorang bapa yang rajin bawak anak gi beli barang dapur. ..
7. Miss hirose - seorang tunangan orang tengah masyuk bercinta kot..
8. Nina - kejap jengok kejap tak ..hehehe
9. ade yang nak buat?
10.sape suke boley buat..?

ADE SAMBUNGAN LAGIKS..

e. Nama timangan – Yang. Itu dari encik somi sajerk..
f. Anda seorang yang? – murah hati, sorang yang suke buat lawak dan tegas dalam membuat keputusan
g. Insan yang teristimewa? – famili ler..
h.Lagu kesukaan? – Shinee – stand by me & tanpa – 6th Sense
i. Makanan kesukaan? – yang tempting....
j.Sikap yang membuat anda stress? - bila mrboz tak paham2.. yang aku nak baliiiiik walupun dah abes waktu keje...grrrr..
k. Warna kegemaran anda? – biru… baru aku perasan skang yang kebanyakan baju-baju dalam wardrobe sumernye biru-biru dan biru…
l. benda mesti ada dalam beg? – ada kat SINI
m. Kali terakhir anda menangis? – bila tengok citer Hindustan yang tangkap leleh.... jiwang gaks..

Till Now.



:: Di Melaka Lagi ::

6 kawan yang bezz
Baru semalam Adik aku email sumer gamba-gamba di Banda Hilir. Tiba jer kat sana, bateri kamera dan Handphone aku kong ..serentaklak tuh....

Kami bertolak dari Taman Cheng Baru ke Bandar Melaka dalam pukul 3.30petang. Tujuan utama ialah hendak ke Banda Hilir sebab dah lama aku tak pergi. Paling terakhir aku pergi dalam tahun 1993. Kalau tak silap masa tu hanya ada pasir yang hendak ditambak laut kat situ. Parking dekat dengan tempat naik feri ke kapal ? untuk keliling Sungai Melaka... (tak sempat naik...bulan disember kami datang lagi..)

Hubby nak rasa naik beca . Semua teruja betul ditambah lagi dengan lagu-lagu yang dipasang yang memang buatkan perasaan seronok tu datang dengan sendirinya... Harga RM10 untuk satu beca. Kami ke A-Famosa. Tiba di sana jer terus ke Bukit St.Paul. Boley kurus aku kalau selalu naik ke atas tu.. Tak larat betul… Masa kat atas bukit tu, banyak betul soklan yang ditanya oleh Along. Bagus anak Ibu !... Ada rasa nak tahu.. Aku xplen yang mana boley jer..sebab dia baru tahun dua dan subjek sejarah memang tak belajar lagi. Nanti kena gugel-gugel balik dan citer balik kat dia.. ...

Bila sampai jer kat Dataran Pahlawan.... memang terkujat gak.. happening betul tempat sopping die (itu jer yang aku ingat...) walaupun tak besar mana... Bagi aku yang dari kecik memang selalu pergi ke Melaka, dulu hanya ada Jonker Street, Bus Stand & The Store tempat untuk pergi jenjalan… memang tak sangka Melaka dah macam niy !

Nak pergi ke tempat lain dah tak sempat sebab aku teringin sangat nak makan Mee/Bihun Sup dekat masjid kat Tengkera tu... Dah lama betul tak makan ...besanya aku akan makan dua mangkuk bihun dan minum air mata kucing. Untuk kudap-kudap pulak, aku akan makan satu pinggan popiah...memang peerrrgghh...sedap betul tapi sedih betul sebab bila sampai jer ..tempat tu dah nak tutup... Adik aku pun dah terjangkit sebab bila dia pergi bercuti kat Melaka mesti dia pergi makan kat situ.. Nasib baik bulan Disember ni ada kenduri kahwin lagi, jadi bagi nak menyedapkan hati... makan masa tulah nanti....



:: xcited dapat nek beca ::



:: Adiq berani betul pegang Ular Sawa tuh ::
..sebenarnya takleh amik gamba.. ni curik-curik ..hehehe.





:: jalan-jalan jugak tapi amik langkah berjaga-jaga ::




:: sumer tengah tengok permandangan...

yang bebudak nampak hanya swimming pool kat bawah ..alahai... ::

:: dengan Adik aku ::


:: memang takleh dok diam... dah namanya bebudak kannn... ::



:: tak lepaskan peluang ..mesti nak posing ngan hubby..hehehe.. ::



:: beli keychain ngan gelang kat brader niy.. ::



:: tak dapat lembu idup...yang batu pon jadik.. ::


:: sumer gembira...
"jangan buat peace !...
jadiklah terkatup sumer mulut..hehehe..
kejam tul Mak Teh eh..



:: gamba tak sharp sangat..lagipon petang tu berjerbu... ::


:: banyak gak tourist datang kat sini..::



:: masa gerak ka Tengkera.
anak-anak aku sumer nak nek keta Mak Tam ..
Anak2 adik aku lak nek keta aku, Yang kiri Shazniza Natasha-Tahun Satu dan Kanan tu kakak; Shazwani Nadhira -Tahun Tiga ::
Aku dapat hadiah besday masa dalam keta tuh dari kakak...
dia beri frame gamba.. ingat anak buah kat aku... timaseh kak..::

Till Now.




Linky's Magical


ShoutMix chat widget