Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi. Hari ini genap 9 tahun perkahwinan aku dan hubby. Syukur, tiada perkara yang tidak diingini berlaku dalam tempoh perkahwinan kami.
Antara detik-detik yang aku suka..suka dan suka..
Hujung tahun 1998 ~ Ex. Co.
Beberapa Department berpindah ke Bdr Baru Bangi atas arahan Management di US.
Mula berkenalan pada 1999 ~ terima email dari hubby yang mengatakan ingin berkenalan. (draft email disimpan dari Mac 1999. hubby tak jadi hantar sebab aku bercuti seminggu; dia ingatkan aku berhenti ....)Email itu dihantar pada Sept 1999. Memang lama hubby peram email tu.. nasib baik tak berkulat..keke..
Kami beremail dalam 3 minggu tanpa berjumpa. Sampailah pada satu hari Jumaat. Aku berborak di reception dan satu group dari M&E Dept balik dari Solat Jumaat. Hubby orang yang terakhir masuk. Dia senyum dan aku buat dek jer… hehehe.. Aku masuk ke dalam ofis lepas phone kat tempat aku berbunyi. Rupanya call dari hubby dan beritahu dia speckie guy yang senyum kat aku tadi.. hehe..
Berkawan
Dating buat kali pertama di Stadium Kelana Jaya ... hahaha macam takde tempat lain... (sori yer bang.. saya paham sebab ini 1st time dating bagi abg~ akhir2 ni hubby dah rajin baca blog aku ..) (parking keta di stesyen komuter Sentul dan berhenti di Taman Medan. Hubby amik di sana.)
Yang buat aku tak percaya ialah aku berani sungguh bertanya pada hubby samada dia nak kawan betul-betul atau tidak..hehe macam threatening pulak rasanya.. (sebelum ni aku pernah broke-up jadi..dah serik !) Tak Malu pulak tu..tanya pada sorang lelaki yang tak kenal hati budinya. Hubby terus kata nak serious. Dan bermulalah persahabatan kami sampai sekarang. Takde rahsia di antara kami. Segala titik bengek pun aku cerita pada hubby sampai sekarang...
Antara detik2 yang pernah diceritakan hubby ketika ingin mulakan persahabatan..jeng-jeng-jeng...:
~ nak ke tak nak klik enter button ni..
~ dah ada boyfren ke belum budak ni ..
~ budak mana ni ? ganas betul.. tutup pintu keta pakai kaki ... (masa tu ..baru sampai ofis. Tengah nak kuar dari keta pastu dengar bunyi keta datang nak parking .Kebetulan kaki memang kat luar sebelah , aku terus tarik je pakai kaki kat bwh pintu keta tu...hehe. ..yg peliknya aku ingat insiden tu tapi aku tak perasan pulak keta sapa..)
Bertunang
Dalam tempoh 7 bulan berkawan (cepat sungguh!) kami bertunang iaitu pada 1st April 2000.
Perkahwinan
Pada awal perkahwinan hubby bertukar tempat keje maka kami tidak pergi sekali sampailah kini..huhuhu…..
Kini setelah dikurniakan 3 orang anak, alhamdulillah bahagia sekali. Mohon pada yang Esa agar perkahwinan kami berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Hubby
~seorang yang tak banyak cakap @ very the humble person. Kalau aku tak mulakan conversation..haaa memang dia akan diam jer ..lebih2 lagi kalau dalam keta... selalu gak kena usik ngan aku…
Kata-kata buat hubby
~Bang,
Saya bahagia hidup bersama abang. Tidak perlu wang yang melimpah ruah untuk membahagiakan saya. Cukup lah dengan apa yang kita ada. Anak2 yg abang beri sudah cukup mengembirakan saya.
Iklan sikit.. bang, kalau xde hadiah besar, kecik pun jadikler…hehehe.. jangan mare..
~ ini yang aku susah nak ubah..suka bergurau ajee...
~ yg paling bez.. saya sibuk tenet siang-malam...sikit pun abg tak marah ... muah-muah-muah..Alahai. Kalau nak cerita memang tak habis satu hari sumer tu antara moment yang aku suka.
*kenduri pada minggu selepasnya
Tarikh : 4hb November 2000
Tempat : Bdr Baru Sentul, KL
* gambar2 kenangan yg aku scan masa di ex-office dulu.
(besalah.. baru kawen sumer nak scan..skarang xyah ..dah ada digital cmera..ye tak?..)
Till Now.