Thursday, May 27, 2010

Cara Yang Cepat Untuk Berpeluh Sekaligus Membuang Kalori Yang Berlebihan..

21 kawan yang bezz
Memang berguna bagi mak-mak dan pak-pak yang tak suka ke gym atau outdoor xcercise atau pun bagi yang memang malas nak exercise * aku lah tu.

..Dalam rumah pun boleh buat..

..Lebih-lebih lagi nak jalan jauh ni..

..Biar bertenaga dan tak letih..



Cara-cara:


buangkan habuk-habuk dan segala serangga kecik yang dah lama mati didalamnya
*tandanya memang lama tak guna..hehe..


Isikan air mengikut sukatan dan masukkan herba yang sedia ada pasaran
Setkan tahap panas ..low..medium..hot ..

*bagi yang tak biasa disarankan memilih low ~ mungkin akan pitam

tunggu sehingga air mendidih

masukkan bangku.. * dulu tak disediakan

..Masukkan seluruh anggota badan kecuali kepala seperti di atas..
*dicadangkan agar berkemban

..Sabar dan tabah duduk sehingga duaploh minit..

..Gerenti peluh meleleh banyak tak hingat ! kalori pasti kurang ! ..

..Kalau tak tahan, bangun sekejap dan duduk semula..

..Periuk berbunyi tanda siap..

..Keluar dan duduk diam sehingga peluh kering sendiri..

Mandi.


Selesa sekali !



Note : Sebelum mulakan , pastikan minum air suam yang banyak.



Till Now.





Wednesday, May 26, 2010

Perbualan Emak dan Anak Emak

21 kawan yang bezz
Petang semalam kuar jer ofis terus tefon mak. ..henfree tau.. Borak punya borak… sampai 30 minit pun tak perasan..


Aku : Assalamualaikum,... Mak tengah buat apa tu ?

Emak : Wa'alaikumussalam..Apa lagi…. duduk ler.. bla-bla-bla.. (ayat lazim setiap kali aku tefon)hehe.. ..

Aku : Mak jangan lupa pesan kat SA tau Khamis ni.

Emak : itu ler. ..Kak Lang kau ada kata nak datang cuti ni, macam mana ? …(sila baca gaya orang Melaka)(Kak Lang tinggal di Pagoh)

Aku : Alahh... orang dah bagi tau dia . Jangan datang TPS. Orang nak bawak mak jalan.

Emak : Bila kau cakap dengan dia ?

Aku : Kat fesbuk, Ahad lepas.

Emak : senang jer korang sekarang ek..cepat pulak tu. haah, senang hati Mah.. (bahasa diri emak, dari nama dia Salmah )

Aku : Mak suh SA hantar malam sikit tau. Orang keje hari tu. Mana tau balik lambat ke..

Emak : Ye ler… SA tu bukan kau tak tau; tak tengah malam hantar, bukan dia ler tu..

Aku : Nanti orang tefon , pastu pesan kat dia.. Bizi mengalahkan PM dia tu ¡

Emak : Dah keje dengan orang… kang tak de gaji pulak..

Aku : Tulah boz dia bagi budi banyak sangat …. Nak elak pun tak boleh…

Emak : biarlah dia..bukan senang nak cari cha-ya macam tu punya baik.. (Mak tinggal dengan SA dan Adik bongsu~ susah nak bercerai dgn 2-2 anak bujang dia ni)
~ Boz SA yg cadangkan beli umah kat tempat mak tinggal ni sbb kesian kat mak naik-turun tangga umah BBS dulu.

Aku : Check-in petang. Kita gerak pagi sikit. Ikut jalan kampung... tak yah ikut hiway. Mak suka kan?

Emak : haaa elok lah tu..dapat tengok kampung orang..

Aku : Orang tak pernah cuba tapi Husnul(hubby) kata dari Tol Tg Malim terus jer.. kita cuba lah ek.

Emak : engkau bawak..Mah ikut jer..


Aku : ya lah..

Emak : budak2 macam mane ?

Aku : sumer sihat. Angah jer demam. rindu kot..

Emak : Abisss dah keje abah dia macam tu nak buat macam mane ?

Aku : tiap-tiap malam dia tefon cakap dengan dorang.

Emak : Elok lah tu...

Aku : Mak... dah sampai taska ni.

Emak : Ya lah ...Mah pon nak semayang ni..


Aku: ** matikan henfon... terus amik anak2..


Note : Nak bawa mak pergi tempat kesukaan dia hujung minggu ni. Mintak2 badan mak sihat. Doakan ya! Ada sapa-sapa teringin nak ikut & makan stroberi ? Keta kosong lagi ni..



Till Now.

Law of the Garbage Truck ~ Worth Sharing

14 kawan yang bezz

One day I hopped in a taxi and we took off for the airport.

We were driving in the right lane when suddenly a black car jumped out of a parking space right in front of us.

My taxi driver slammed on his brakes, skidded, and missed the other car by just inches! The driver of the other car whipped his head around and started yelling at us.

My taxi driver just smiled and waved at the guy. And I mean, he was really friendly.

So I asked, 'Why did you just do that? This guy almost ruined your car and sent us to the hospital!'

This is when my taxi driver taught me what I now call, 'The Law of the Garbage Truck.'

He explained that many people are like garbage trucks. They run around full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment.

As their garbage piles up, they need a place to dump it and sometimes they'll dump it on you. Don't take it personally.

Just smile, wave, wish them well, and move on. Don't take their garbage and spread it to other people at work, at home, or on the streets.

The bottom line is that successful people do not let garbage trucks take over their day.

Life's too short to wake up in the morning with regrets,

So ... Love the people who treat you right.

Pray for the ones who don't.

Life is ten percent what you make it and ninety percent how you take it!


Have a blessed, garbage-free day!


Note : sekali-sekala kena tenang...

Till Now.

Tuesday, May 25, 2010

Gatal !

5 kawan yang bezz
Perasan tak FONT posting bebaru ni BESAR, kecik.

Tak tau apsal. Ingatkan upload template yang sama jadi ok.. lagi serabut.

Ketengah-ketepi. geram betul !

Tukar template.

Habis cerita.

Back to 1st TEMPLATE dulu.

Comei gak bagi orang yang suka cartoon macam aku ni.. hehe..
*bagi can sikit eh..

Kalau tak solve jugak.... biaqpi lah.



Note : esok cuba lagi.



Till Now.




Angah Ada Girlfriend ? Risaunya !

10 kawan yang bezz
Apa pendapat kawan-kawan bila anak kata macam ni :



"Angah ada dua gelfren .nama dia Adlina dengan Irdina.. (lebih kurang ,..aku pun tak ingat.)


Kenapa Angah suka dia?" Saja aku melayan. "Sebab dorang cantik .. jawab sambil tersenyum-senyum. Sharmin (kawan baik dia) pun ada. Nama gelfren dia Shakina..."

Aduhh..budak2 ni.. Naik risau dibuatnya.

"gelfren tu apa ?… kenapa angah nak ada gelfren ? tanya aku lagi.

"tak ada apa-apa lah saja je.. " dia jawab.

aik macam tu pulak.. Biar ada gilafren dari ada gelfren anak ooi...




Mana dia tau semua ni padahal di rumah, memang jarang tengok movie @ cerita drama-drama mentel ni. Kali terakhir pun tengok citer Nurkasih selain Cartoon Channel.





Teringat yang hubby pernah bagi tau beberapa bulan lepas pasal budak-budak ni. Masa tu hubby hantar Angah ke kinder sebab dah terlepas van. Sampai jer kat pagar, hubby nampak dua budak perempuan depan pintu masuk.





Budak-budak tu kata ;

Budak Perempuan 1 : Hai..Dhia,... makan roti tak ajak pun..
Budak Perempuan 2 : Ntah.. makan sorang jer.





Hubby tengok Angah tersenyum-senyum sambil paling tengok abah dia.. Aduhh.. Bahaya ni !


Aku tengok balik gambar-gambar masa sukan hari tu. Dia tunjuk yang mana satu gelfren dia tu… alahai..

..tengok gaya dia tu, duduk sebelah gelfren dia..

Note : Kesian Angah. Hari ni tak ke kinder.
Demam + Sakit Mulut. Doktor kata bukan foot & mouth disease. Alhamdulillah.




Till Now.





Monday, May 24, 2010

Jalan-Jalan, Shopping-Shopping, Makan-Makan

16 kawan yang bezz
Bukan senang nak tunggu hubby ajak keluar bershopping. Jadi, bila dah ajak tu peluang takkan dilepaskan..huahuahua.. shopping tu, siapa tak nak ! Kesian pulak bila dia kata baju kerja sumer dah terkoyak di bahagian kolar. Setiap tahun company sediakan 2 pasang seorang tapi tahun ni tak ada pulak. Tak ada provision kott.. entahlah.. Kalau nak, beli sendiri di kooperasi ofis. Bukan tak nak beli kata dia tapi kualiti kemeja tu amatlah mendukacitakan. eceh-ceh..mentang-mentang dia orang kualiti..huh.. Berbeza betul dengan company dulu. Pakai bertahun-tahun pun masih tahan dan elok jer baju tu.


Dia pernah gak mengomel tahap disiplin dan sense of urgency tak ada orang kisah kat company ni... opsss ..melalut sudah aku ni..



Kami ke Ikano Sabtu lepas. Hanya itu yang terdekat. Kebetulan pulak ada sale; berbaloi-baloi lah duit dikeluarkan. Kami jarang ke sana, al-maklumlah tempat gaya-gaya hi-end gitu. Pusing punya pusing.. sesat jugak akhirnya jumpa outlet yang dituju.


Jejaklah jugak kaki ke Metrojaya, F.O.S. dan akhir sekali ke Branded Outlets. Pilih punya pilih sampai kedai dah nak tutup. Pastu singgah ke booth yang menjual popiah basah. Tak sempat sampai rumah dah langsai dalam keta... dah budak-budak, sekali-sekala takpelah, jenuhlah nak memvakum nanti..





..pilih-pilih..
sapa yang ajak shopping dan sapa pulak terlebih beli ni !..

*konon untuk baju raya.. sempatke ?






Semalam pulak duduk umah tapi tak de mud untuk berkemas habis-habisan Buat ala kadar jer… Masak ala-ala hari raya untuk semua. Pukul lapan malam limo datang. Hubby terbang lagi.. huhu.. Kali ni lama sikit dari biasa. Final stage kata dia. Mungkin lepas ni orang lain pulak pergi untuk follow-up jer. Mintak-mintak betul lar..


rendang ayam + nasi impit
*kuah kacang tak sempat
~ kacang dah goreng tapi terhangus lah pulak.. hehe..kua-chong betul !







Note : Malam hari minggu ni tak berjalanlah ke blog kawan-kawan ; lappy terbang sekali.





Till Now.





Sunday, May 23, 2010

Geraham Susu Ke Kekal ?

3 kawan yang bezz
Balik kerja Rabu lepas bergegas amik Along di sekolah. Appointment dengan dentist hari Isnin tapi tak sempat sebab jam 730 malam dah tutup. Along dah mula sakit gigi dari minggu lalu. Hari Ahad sebelum tu dah jumpa ; sedia maklumlah kalau tengah sakit memang tak boleh cabut, jadi Along kena makan ubat tahan sakit dan kena datang lagi.


Along baru tahun tiga. Dentist tu kata gigi geraham Along yang sakit tu geraham kekal. Aku musykil jugak.... yalah...tak pernah cabut lagi gigi geraham Along melainkan gigi kacip.


Xplore cik gugel pun tak banyak info. Apa yang aku tahu, gigi susu ni dari kita kecik hingga umur 6-9 tahun dan bila dah dicabut @ tercabut, akan tumbuhlah gigi kekal. Aku ni dok...ye ke ? ye ke? Pastu hubby kata dia doktor... dia lagi tahu. Eh..yalah.. hehe.. Maknanya dah dekat separuh abad baru tahu yang gigi geraham hujung tu memang gigi kekal rupanya..
tak belajar habislah ni..




INFO pasal gigi susu dan kekal memang tak jumpa banyak. Aku kopipes mengenai kesan pengambilan flourida berlebihan bagi kanak-kanak. Kalau ikutkan macam-macam hal nak kena amik tahu pasal anak-anak ni.






cool jek Along...
..sebab dah selalu jumpa doktor ni agaknya..


aku pulak yang serun dan ngilu tengok ....
sakit tak Long ?... sempat geleng... tapi kaki dia terhentak2..
hehe.. nerveous tu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan

Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.



Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.



Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat. Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan.



Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri .

Penggunaan Ubat Gigi Berfluorida Yang Betul

Penggunaan ubat gigi berfluorida penting untuk memastikan kesihatan pergigian anak anda baik


TETAPI


Pastikan ubat gigi yang digunakan tidak berlebihan. Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah, pemberusan gigi harus dibantu oleh ibu bapa dan ubat gigi yang digunakan hanyalah sebesar kacang pea.

  • Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.

Manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan.


Kalau nak tahu lebih lanjut klik sini> Ministry of Health.

Note: geraham sendiri pun bilalah nak cabut ..takut..




Till Now.





Saturday, May 22, 2010

Along & Hadiah Hanya Untuk Ustazah ; Kenangan Pahit .. Cikgu oh Cikgu .Apalah salahku ...

16 kawan yang bezz
Hari Guru dah lepas. Sebelum pergi sekolah kafa hari Selasa lepas, Along tanya ada apa-apa spare hadiah nak bagi Ustazah dia. Bertuah betul Along ni… dah nak ke sekolah baru ditanya;sambutan hari guru pun dah lepas.




Masa lunch hari Selasa tu keluarlah kejap mencari hadiah tu.. Apa-apa pun takpe kata Along pagi tu. Aku tanya kat dia nak bagi untuk berapa cikgu dan dia nak satu jer. Ustazah Kafa kata dia. Bila aku tanya kenapa tak nak beri pada cikgu sekolah, dia jawab takpe lah ibu, Along malu. Alahai..anak .. malulah pulak..




Petang tu tersenyum-senyum dia bila aku tunjuk apa yang aku beli. Walaupun kecik comel harap Ustazah dia suka.


ni dia ... cinonit jer..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada kisah yang aku tak boleh lupa pasal guru ni. Tak pernah aku ceritakan pada sesiapa walaupun keluarga dan adik beradik. Tak patut betul pasal kenangan pahit tu aku babitkan semua guru kann.. Memang tak pernah membabitkan diri dalam apa-apa acara masa setiap hari guru . Walaupun memang tak de apa tapi bagi aku itu memang tak dapat dilupakan.



Aku sekolah berdekatan dengan Mindef , Jln Semarak, KL. Kebanyakan student kat situ anak-anak askar. Masa tu aku didaftarkan lambat jadik dapat kelas terakhir; 1Kuning. Dulu-dulu kan ada sesi amik gambar untuk letak di report card. Dulu punya report card punyalah besar , dalam saiz F4. Bila turn aku, cikgu kelas, Cikgu S ketuk kepala aku sebab ada kutu kata dia.. geram jer tapi dah fikir dah tak nak duduk dalam kelas dia lagi tahun depan..Tak tau kenapa cikgu tu tak suka kat aku, ada aje yang tak kena..bukan sekali-dua tapi berkali-kali…



Alhamdulillah darjah dua ditempatkan di kelas ketiga, 2 Merah. Guru kelas aku , Cikgu M kawan baik guru kelas darjah satu dulu. Ada satu kali tu masa recess, pintu kelas tertutup rapat. Aku dapat rangkaian makanan tambahan (RMT)..orang susahhh kann.. jadik keluar awal sikit. Dah habis makan , macam biasa aku nak masuk kelas.




Bila aku bukak pintu, aku ternampak dua-dua cikgu ni tengah sedap merokok dalam kelas.. ..berkepul-kepul asap keluar..layan habiss. Dua-dua guru tu perempuan ya kawan-kawan.. Wahh..punyalah marah cikgu tu kat aku . disuruhnya aku masuk..


Tau apa cikgu tu buat kat aku? Buku murid-murid yang hendak diperiksa adalah dalam tiga-puluh lebih buah dihentak atas kepala aku. Dia kata aku mengintip!.. Masa tu aku tunduk jer.. Kalau budak zaman sekarang dah mengadu pada mak-pak dorang; silap-silap buat report polis..hehe..


Lepas tu dia suruh aku angkut semua buku-buku tu ke bilik guru. Dahlah badan cekeding jer masa tu., terhoyong-hayang aku dibuatnya..dia tak bagi aku ke kelas; dia suruh aku berdiri kat luar bilik guru !...malunya !..



Pelik kan.. walaupun dah berpuluh-puluh tahun berlalu ingatan tu tetap ada.. Memang aku terasa hati sangat.. Sampaikan kereta dia orang pun aku masih ingat keta apa sampai hari ni ! Cikgu darjah satu keta Charade warna Kuning dan Cikgu Darjah Dua Mazda Warna Merah. Lepas insiden tu aku struggle dan masuk kelas pertama dari darjah tiga hingga ke darjah enam, biru-biru dan biru. Alhamdulillah...


Wahh..lega rasanya bila dapat luahkan..




Note: kalau kakak-kakak aku baca ni mesti dorang surprise.. simpan baikkk..



Till Now.









Thursday, May 20, 2010

Menu Yang Very Simple-Dimple

22 kawan yang bezz
Hari ni bersiaran dari rumah. Aku emcee. Peging semalaman. Tak boleh tahan betul...sampai drTan tu mesti menyampah tengok aku. Mana taknya, kejap-kejap jengok.. dia nak berehat pun tak boleh.. huh...



Agaknya cara permakanan yang tak betul yang jadi macam tu . Dua hari lepas tak amik lunch ngan dinner....konon nak dietlar .. yoyo-owh jer. tukarlah dengan buah-buahan.. tak cukup sebenarnya..huwaaa.. bila lapar, minum air jer... air kopi 3 in 1 dan bukan air kosong ye tuan-puan.. hehe.. apa punya diet !



Mesti perut ni terperanjat lepas dua hari tak isi nasi tetiba semalam pulun nasi lauk gulai pucuk paku cili padi , ayam goreng bersalut tepung, daging goreng cili ngan sambal belacan yang sudah semestinya!... haaaa sendirik mau hingat !. Mula-mula jeling jer ..tapi kesian kat sambal belacan tu..kalau aku tak ambil nanti tak habis pulak ... haa ye!



Pagi tadi doktor advise kurangkan makan cili padi. ..hui..sambal belacan tulah yang mesti ada masa makan di suruhnya elakkan... Memang minggu ni terpaksalah kenalah elakkan.



Hari ni aku masak yang simple-dimple khas untuk orang sakit ni. Adiq pun kata lama aku tak buat.. hehe.. Dia tak tahu mud untuk memasak ibu dia memang dah jatuh merudum sebulan dua ni.. Asyik-asyik oda jer..tak pun masak campak-campak jer. Malam nanti plan nak masak mee goreng jer untuk hubby dan anak-anak yang lain.. fuhh..jadilah..









..kalau letak cili padi potong...huissh... lagi berasap ni..
padamkan niat tu !



Note : tengahari ni dah okey sikit..


Till Now.




Monday, May 17, 2010

Majulah Sukan Untuk Negara !

7 kawan yang bezz
*Pemberitahuan : entri kali ini banyak gambar dari cerita..


Tajuk skema jer.. tapi memang kena iya kan.. Tanpa sukan dan exercise pasti mak-mak dan pak-pak sekelian mengalami kekembangan anggota badan yang tak boleh dibendung..


Ahad lepas sambutan hari sukan tadika Angah.




Tahun ni memang ramai student berbanding tahun Along dulu. Pihak kinder menyewa tempat futsal di Sg. Dua, Rawang. Berbondong-bondonglah mak-bapak dengan anak-anak memasing, termasuklah keluarga aku ni.



Kami bertolak dari rumah jam 835pagi. Hubby dah kenal sangat isteri dia ni kann.. jadi diberitahu yang acara bermula jam 900pagi. .. On the way dia bagi tau aku yang acara mula jam 930pagi.. Sabarr jelah bila kena gelak dengan hubby, tapi ...takpe, tunggu... akan ku balas bang.. hehe..



Harap Angah dapat tengok bila dia dah besar sket nanti..





.. Ni dia yang Angah kata Sukan dia Negaraku..



..semangat kesukanan..

ditinggalkan kengkawan jauh kat belakang..hehe..





..masa untuk EXERCISE ! ..




.. acara memancing ..





..acara ulat-bulu kutip buah-buahan ..



pick !pick! pick !
..huissh..mak-bapak yang lebih jerit..




..penat lorr ..
..ibu dia pun penat leh ?..





Angah dah hulur tangan dah...
hadiah takde lagi... excited anak ibu !...gud-gud..





..hadiah..hadiah..hadiah..





..acara untuk parents ..




Red Team ~Winner !

seghonok.. tapi Angah letih sudah....






..Abah..

the very sibuk person !..hehe..
ke sana-sini gaya camera man





ibu a.k.a. aku
panjang menung !
..adeh..baju tak lipat, rumah tak kemas, ..bla-bla-bla.....




..Along..
bowing-wing!
..nasib baik jumpa geng main futsal kat padang sebelah..




.. Adiq..

dah macam cik kak-cik kak dah dia ni !









Acara habis jam 1215tengahari

Brunch disediakan.

Lepas kenyang.. sumer gerak.


Note : kena migrain dari petang sampai ke malam.. tengah malam baru okey..
panas punya penangan !






Till Now.





Saturday, May 15, 2010

TERIMA KASIH TED !

7 kawan yang bezz
Petang semalam dapat satu surat. Musykil jugak.. sebab kalau di ofis, aku selalu-selalu dan selalu terima kurier jer.. hehe.. sampaikan staff sykt kurier tu terus ke meja aku hantar barang.. hehe.. shopping online kata kann.. Ingatkan dapat kad jemputan kahwin. Terfikir pulak yang takde kengkawan yang ada alamat ofis.


Terus koyak.. bukak... laaaaa.... tak teringat langsung aku.



TERIMA KASIH TED !.. muah-muah-muah...



Excited giler sebab ini adalah cenderahati yang pertama diterima dari kalangan blogger...ehehe.. macam jakun pulak ye.. lagipun dari orang kampung mak aku gitu! *satu negeri jek..



Lagilah suka pasal dak TEDlah blogger pertama yang mengomen di blog aku ni ! muah-muah-muah...lagi..



Suka bangatt dapat cenderahati bagi kerja senang tu. Aku jadi juri dan sponsor hadiah kecil-kecilan untuk contest yang dia anjurkan baru-baru ni. Kerjanya senang tapi jadi tak senang sebab memang sibuk giler minggu tu! Kesian contestant … Pasal aku; result tak keluar-keluar.. hehehe.. Aku kedekut markah tau ! Semua dapat less then 80 % rasanya.... Kalau jadi cikgu… habiss lor…


Eh… hadiah tak kurier lagi.. dah sms & message pada winner kelmarin. Latest pun, hari Isnin nanti aku hantar atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan…




Lain kali, sesiapa nak cari juri panggil lah aku ek, pastu sediakan cenderahati jugak… ehehe.. tak malunya…


Lepas ni akan menyusul cenderahati dari Alimaz… sampai hari ni pun aku lupa nak email alamat..




Hadiah dari Sueanne pulak...wang ringgit tu..$$$.... tak sempat-sempat nak jumpa, jadi... tunggu jumpalah ye Sue walaupun dia dah mintak akaun nombor.. aku nak jugak jumpa dia buat kali kedua....


cute sangat kad hasil tangan Ted ni...

* teringatlak zaman sekolah dulu..






see..... koleksi terbaru lagi..

ada sape2 nak bagi lagi ?






Till Now.




Friday, May 14, 2010

Sembang Kosong Anak-Beranak..

18 kawan yang bezz
Along : Ibu, masa sekolah dulu ada perhimpunan tak ?

Aku : Ada

Along :Kena nyanyi lagu apa?

Aku : Macam Along jugak lah… Lagu Negaraku, Lagu Sekolah, Lagu Patriotik

Along : Macam mana lagu sekolah ibu, sama tak dengan sekolah Along..

Aku : Tak sama... Ibu dah lupa lar.. lagu inggeris .. *ligat otak mengingat..tapi memang
tak hingat!
Tapi sekarang dah lagu melayu dah..

Along : Laa kenapa lagu inggeris ibu ?

Aku : Dulu-dulu ..Guru besar ibu Sister..

Along: Sister ? kakak ibu yang mana ?

Aku : (dalam hati ) akan bermulalah soalan yang berlarutan..
Owh..bukan...bla-bla-blaa-blaa... (ekplen lah dengan detail pada Along pasal rahib, gereja dan sewaktu dengannya..)


Angah mencelah..


Angah : Alaahh..nyanyi jer.. Angah, sekarang hari-hari praktis sukan kat sekolah.

Along: Sukan tadika senang je.. .

Angah: Mana Along tau.. Along bukan nampak..

Along : tau lar..dulu kan Along tadika jugak..

Aku : dah-dah… (kalau biarkan..gerenti panjang jadinya…)

Aku : Angah praktis hari-hari ..sukan apa Angah masuk ?

Angah.... Negaraku...

Aku : Laa......sukan ye ?




Till Now.




Thursday, May 13, 2010

Essei ~ Surat Memohon Cuti ...Gerenti Gelak !

6 kawan yang bezz
email dari boz.

layan.






tulisan cina > 1)lari 2) kejar > sesuwaikan dengan cerita..



Till Now.




Wednesday, May 12, 2010

Misteri Nusantara Di Rumah

20 kawan yang bezz
Setiap kali bila hubby takde jer; aku mesti saspens semacam bila tengah-tengah malam. Depan anak-anak berlagak berani.. ceh-ceh-ceh.. Tapi memang betul.. bila ada hubby, memang berani.. hehehe.. Ada lelaki dalam rumah kann…




Sanggup tido lewat melayan tenet yang kononnya nak berjaga-jaga incase kalau terdengar bunyi –bunyi yang mencurigakan. Macam mak-guardlah ni..



Nak jadikan cerita, ada pesanan dan ingatan berulang-kali dari Angah yang minggu ni dia mesti pakai baju sukan. Praktis kata dia… untuk sukan tahunan tadika hujung minggu ni. Jadi, malam tadi projek membasuh baju bagai.. Biasalah kan lepas rendam dalam 3 jam, mesin baru mula buat kerja. Jam dah satu pagi lebih, mesin pun kuar bunyi dah siap. Nak turun ke tak ni.. Seram pun ada gak.. Perlahan-lahan turun 2 step dulu ..Jengok -jengok dulu… Line clear , terus ke dapur...


Cepat-cepat punggah baju dari mesin basuh terus masuk ke dryer . Set jer masa terus naik masuk bilik. Fuhh lega.. Elok-elok dah aim kepala kat bantal , tiba-tiba bunyi orang berlari naik tangga.. mak aaii.. berderau darah dibuatnya... Kunci keta kat meja komputer kat luar bilik pulak!.. lama sikit tu... perlahan-lahan aku buka pintu .. takutnya aku jer yang tahu..



Eh..takde orang pulak.. Nak tutup jer pintu bunyi orang naik tangga lagi... kuat pulak tu.. Konfem memang takde orang... Misteri betul . Sapa ek ?



Note : tinggal sini dah lapan tahun tanpa nebor. Mesti nebor yg baru pindah lah tu ! tapi kenapa dia berlari ? betul ke dia ?



* tangga rumah tangga asal ~ kayu diikat besi

Till Now.




Tuesday, May 11, 2010

Worth Reading ~ Till Death Do Us Part

7 kawan yang bezz
When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I've got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes. Suddenly I didn't know how to open my mouth.



But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly. She didn't seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why? I avoided her question. This made her angry. She threwaway the chopsticks and shouted at me, you are not a man!



That night, we didn't talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; I had lost my heart to a lovely girl called Dew. I didn't love her anymore. I just pitied her!



With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, 30% shares of my company and the car. She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Dew so dearly.



Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now. The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn't have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Dew. When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.



In the morning she presented her divorce conditions: she didn't want anything from me, but needed a month's notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a months time and she didn't want to disrupt him with our broken marriage.

This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day. She requested that everyday for the month's duration I carry her out of our bedroom to the front door every morning. I thought she was going crazy.



Just to make our last days together bearable I accepted her odd request. I told Dew about my wife s divorce conditions. She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully. My wife and I hadn't had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mummy in his arms. His words brought me a sense of pain.


From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don't tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. Idrove alone to the office. On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn't looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.



On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me. On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn't tell Dew about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger. She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily. Suddenly it hit me; she had buried so much pain and bitterness in her heart.



Subconsciously I reached out and touched her head. Our son came in at the moment and said, Dad, it's time to carry mum out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life.


My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.


But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn't noticed that our life lacked intimacy. I drove to office... jumped out of the car swiftly without locking the door.


I was afraid any delay would make me change my mind... I walked upstairs. Dew opened the door and I said to her, Sorry, Dew, I do not want the divorce anymore. She looked at me, astonished. Then, touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Dew, I said, I won't divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn't value the details of our lives, not because we didn't love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death does us apart.


Dew seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away. At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The sales girl asked me what to write on the card. I smiled and wrote: "I'll carry you out every morning until death do us apart". The small details of our lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, the property, the bank balance that matters.


These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves. So find time to be your spouse's friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage! If you don't share this, nothing will happen to you, but if you do, you just might save a marriage. Relationships are made not to exploit, not to be broken.


We teach some by what we say..
We teach some more by what we do..
But we teach most by what we are .
You don't get to choose how you are going to die, or when, but, you can decide how you are going to live, here and now.



Note : .....



Till Now.

Monday, May 10, 2010

Kisah Disebalik Pembunuhan Isteri Baru-Baru Ini..

8 kawan yang bezz
Sabtu ke kampung hubby. Ada kenduri doa selamat. Anak buah telah pulih sepenuhnya. Suspected kidney failure. Tiga minggu warded di Hospital Temerloh. Rupa-rupanya takde sakit yang memudaratkan. Hanya disebabkan pemakanan yang tak seimbang saja. Alhamdulillah. Kini anak buah sudah boleh bersekolah semula.



Berbalik pada tajuk.



Bila dah ramai berkumpul. Macam-macam topik keluar termasuklah topik hangat baru-baru ni. Kes pembunuhan isteri akibat cemburu kata suratkhabar. Orang-orang kampung lain pulak ceritanya..



Masing-masing tidak menyalahkan si suami langsung. Malahan kesiankan si suami. Aku pun melopong mendengar cerita. Kebetulan ada ahli keluarga berkhidmat di IPD tempat kejadian. Adalah sedikit sebanyak yang dia dengar dari rakan sekerja. Ramai yang sanggup beri maklumat.


Aku tak berniat apa-apa; hanya sebagai isteri aku berasa sangat MALU dan HAIRAN kenapa perempuan yang kononnya ISTERI ORANG sanggup membuat onar macam ni. Nauzubillah.



Antara yang dicerita :
*Keluarga ni bukan penduduk asal di kawasan ni; mereka berasal dari pantai timur juga.
* si suami seorang yang bodoh-bodoh alang (lurus bendul)
* si suami seorang yang sabar walaupun sering diherdik si isteri dikhalayak ramai.
* si isteri mempunyai hubungan sulit dengan seorang *skar.
* si suami seorang buta huruf (disebabkan ini si isteri tak ada rasa takut si suami membaca smsnya). beliau juga tidak tahu memandu.
* si anak yang memberitahu bapanya setelah membaca sms terakhir sebelum kejadian.
* si suami di suruh ke kebun untuk menoreh walaupun hari hujan kerana beliau ada agenda yang tersendiri.. wallahu-aklam.
* kesian anak-anak; yang bongsu baru berumur setahun lebih.





Note : Ada banyak lagi telah diceritakan tapi tak sampai hati hendak dikongsi sebab apa yang diceritakan membuatkan aku rasa arwah memang tiada rasa hormat langsung pada suaminya.

Minta dijauhkan dari perkara sebegini.



Till Now.


Friday, May 7, 2010

Koleksi Buku Terbaru; Bagus ke Tak ..Lain Cerita.., Apa Yang Penting "BACA itu JAMBATAN ILMU"

3 kawan yang bezz
Ini koleksi buku terbaru aku.
Pernah cari di Popular tahun lepas. Out of Stock !
Jumpa di Pesta Buku PWTC.
Kirim pada Kak Lang yang sanggup turun dari Pagoh.
Minggu tu sibuk dengan xtension umah, terlepas lah peluang seperti tahun-tahun lepas… huhu..




Publish hari ni pasal rega buku dah bayar masa jumpa di Senawang ari tu..hehehe
Besalah adik-beradik …
ko nak beli aku bayar dulu..pastu bila ada duit ko bayar balik…
Bila jumpa… buka buku tiga lima masing-masing..huahuahua..



Esok baru nak mula baca; on the way balik kampung abang.
Dah selak-selak tapi tak nak mula… nanti terjebak.









Till Now.






Ke Senawang Menghadiri Majlis Perkahwinan Sepupu; Perkahwinan Yang Berjaya Dihadiri Kali Ini..

5 kawan yang bezz


Sabtu lepas ke ke Senawang menghadiri kenduri kahwin sepupu .

Alhamdulillah dan suka bangat dapat pergi kali ni.

Trip hubby to tempat selalu postpone dari Sabtu lepas ke Ahad ni.






PALING seronok ialah MAK..

Yelah...bila lapan dari sembilan anak-anak datang.

Pergi balik hari jer.








Emak pengantin adik ke lapan emak.

Emak, Mak Ibik dan Pak Cik saja yang tinggal luar dari Melaka dalam semua adik-beradik emak yang kesemuanya 11 orang.






Pengantin Perempuan ~ Sepupu , Norsharmila






Pengantin dan keluarga







Aku & Adik-beradik

*mintak tolong camera man snapkan tapi.. kelam
huishh.. gewam betul !




tak lepas peluang...
*nak mintak duduk, malu lah pulak..hehe..




ada sapa-sapa nak cari calon adik ipar atau menantu ?
dua-dua adik aku ni bujang & available ..huahuahua..
*jangan mare, Shafiq,Shamsul.. hehehe..peluang tak kulepaskan !







mak dan adik beradik..
masa bergossip ! bezzz.....






mak hanya ada sorang jer adik lelaki
tinggal di Kuarters Polis, Skudai,JB





aksi husband busu dan anak-anak....
respek betul dengan dorang..
anak ada tujuh orang ! suami busu ni sebaya aku !





Note : tema adalah ijo.. macam manalah aku boleh terlupa !..adehhh..




Till Now.




Linky's Magical


ShoutMix chat widget