Jam dah 3:30 pagi. Takleh tido. Apa taknya..dah tido dari pukul 3 sampai 6 petang pastu sambung dari pukul lapan lebih sampailah 1 lebih. Masa bulan mengambang ni memang tak tahan betul sakit kepala ni .... Takkanlah asyik-asyik telan ponstan. Bangun tadi kepala terus ok. Pekena roti choc-raisin gardenia dua keping + minum air white coffee tongkat ali. Buntang bijik mata ni. Apa nak buat lagi. Baju minggu lepas dah habis lipat dan susun. Baju yang baru basuh dah tereban dalam dryer. Nak jemur kat luar tak berani lah pulak. Kang terserempak ngan menda lain ..hihihi... Tetiba teringat pulak lama tak membebel kat sini.
Lama tak cerita panjang lebar. Kok ada yang baca ke tak; tak pe janji ada citer. Teringat komen Kak Erna yang lama tak baca entri panjang lebar aku. Sori kak, memang tersangatlah sibuk bulan lepas. Meh citer sikit...
Ofis
Bila dah join co. bersangkut-paut ngan building material ; kenalah tahan sibuk tak hingat bila rega raw-mat semua naik.
Bonus nak lebih, takkan keja takleh lebih ...kan ?....
Ingatkan boleh setel 2 minggu lepas.
Berlarutan sampai minggu lepas.
Sabtu minggu lepas sepatutnya off pun kena datang
Kansel appointment dengan dentist untuk cabut gigi Angah lagi.
Kesian pulak tengok boz macam mengharap aku datang.
Tapi dia sampai kul 11..huh..
Lega sebab server shut-down pukul 1.
Kalau tak, gerenti balik macam hari biasa... 4 jam atau lebih. Berjanggutlah anak-anak & abi tunggu kat rumah.
Sabtu tu weii...
Kalau berbayo takpe jugak ..
Talian mati Deadline hari Selasa lepas.
Ada dua hari lagi.
Meetingnya hari Khamis. Setel.
Jumaat mintak menda lain....jadi sambung pulak task untuk next meeting dengan ED senin nanti.
COO baru dah masuk awal bulan ni, jadi kena go-thru dia dulu... haiiisssh.
Kena pulak ngan company yang berhierarki..
Paham-paham ajelah; kalau tak paham buat-buat paham ajelah eyh..
Ok, sambung balik.... slide itu taknak, slide ini tambah... bozz aku ni jenis yang 'i leave it to u' atau 'u see lah what u can do'.. hambik ko...
Berkuntau lah sendiri carik menda yang dia nak. Meja dah macam kumpul 'old newspaper !' Nak jer aku upah 'green hornet ' keja kan dia... hehehe
Mula-mula dulu hangen lah jugak. Rasanya aku ada kata jugak kalau gaji ko bagi sikit kat aku baru aku ada idea nak buat... ..tapi dalam hati jelah..
Lama-lama aku dah biasa dengan cara dia lagipun dia tak er-er-owt part bonus ngan increament.
Tang tu dia memang fight habis. Tu yg buat aku tak kisah cara keja dia. Takde pilih bulu atau tengok kaler.
Bila aku membebel atau apa aje reason yang aku bagi. dia ok aje.
opsss fullstop. Kita citer lain pulak. Kang ada pulak yang bowing-wing.
Rumah
Macam yang korang tahu . Anak dah 2 yang sekolah. Adiq di tadika.
Balik keja; lepas sibuk masak(kalau masaklah..) dan makan, layan anak-anak pulak.
Adik baru 5 tahun. Lain sikit dari Along & Angah. Tak payah tanya ada homework ke tak.
Bersemangat betul sejak dari January hari tu.
Sebelum ni dia tak ke mana-mana tadika, jadi bila tahun pertama paham-paham ajelah.
Along & Angah.........hmmmm.. tak tanya = tak buat. Manjang aje dah siap... bila nak tengok.."eh adalah ibu."
Tak macam tu kalau hari Jumaat. Sampai rumah terus kemas buku untuk hari Isnin dan siapkan homework.
Sebab ? Isnin-Khamis memang 'no tv-tv' jadi dorang memang dah tahu.
Along suka join aku layan Mega Movie @ tv3 kul 10.00 malam hari Jumaat.
Kebanyakan citer-citer memang boleh-lah untuk dorang tengok..(citer untuk budak-budak) tapi ibu budak ni memang suka nau layan citer macam tu.
Ate..kena jugak layan citer merepek kebudak-budakan ni supaya sentiasa ceria dan happy go lucky macam anak.. heeeeee. *tengah tunggu citer POTC masuk wayang 19 may nanti. Dah plan nak tengok ngan Along .
Aku ke Along yang lebih menunggu Kapten Jack Sparrow tu..huahuahua..
Note : harapnya meeting hari ni ED puas hati; kalau tak,gerenti aku sibuk lagi....