Saturday, July 31, 2010
Bagaikan Musang Mengadap Movie
Friday, July 30, 2010
Duit..Duit..Duit..
Thursday, July 29, 2010
Selesema Di Perut..
Sebab-Musabab
Wednesday, July 28, 2010
Aok Nak Ikut ?... Moh Kita Ke Benta
Monday, July 26, 2010
Kecik-Kecik Dah Pandai Pau Orang...
Tengah lepak-lepak Jumaat malam hari tu, abi citer yang owner nursery tefon. Katanya Along bawa duit RM30.00. Tengok lelaki… ni yang aku respek sangat. Dekat 16 jam simpan. Kalau aku lah, tang-tang tu jugak aku tefon bagitau.
Pastu bila Along balik dari tuisyen, abi panggil dia masuk bilik. Aku, Angah & Adiq tunggu di bawah tapi kejap-kejap aku naik atas bawak gelas kosong untuk pasang telinga. Risau.. weh. Nak dengar jugak sebab kalau minta abi citer semula selalunya 70% aje yang diciterkan.
Nak dijadikan cerita, bila abi dah tinggikan suara; tersedu-sedu dia sambil bagi tahu *tulah..tak pernah kena marah . Aku yang kat luar bilik dah merah mata...huhu sedeynya..
Rupa-rupanya kawan sekelas suruh Along bawa duit ke sekolah. Tiga orang pulak tu ! Kalau Along tak bawa, dorang nak tampar & tolak dia. Along takut jadi dia korek duit tabung. Biar betul budak-budak sekarang ni.. Baru tahun tiga dah pandai nak pau orang.Kesian Along. Ingatkan tahun ni tak kena lagi...
Pagi ni, sebelum hantar ke kafa aku pesan pada Along supaya tegas dan berani. Tak perlu bergaduh & bertumbuk untuk kuat tapi tegas bila bercakap. Terangguk-angguk dia.
Minggu ni abi akan ke sekolah untuk berjumpa dengan guru kelas.
Saturday, July 24, 2010
Hitam-Hitam SiTampuk Manggis..Sungguh Hitam Ku Pandang Manis
..Aku suka pisang, sesangatlah sukanya...
Memang menjadi favret dulu kini dan selamanya..
Dolu-dolu...3 kali pregnant makan 5 sisir seminggu..
YB citer pasal pisang,Kak Watie
Pisang menghantui diri..
Bab makan atau masak, memang tak boleh tahan..mesti nak cuba.
Malam tadi ... festaim cuba.
Agak tidak menjadi gitu..
Kalernya tidak menjadi pujaan hatiku..
Rasanya pulak... superb !....lain kali takyah beli di kedai..
Note : Petang ni zassss ke kampung abi.
Till Now.
Friday, July 23, 2010
Beli Secara Online: Fikir-fikirkanlah Sebelum Terkena Macam AKU !
Produk yang aku beli ni untuk kesihatan
Aku beli secara online. Mulanya nak mencuba tapi bila tengok order yang diterima dari customer lain memang banyak. Lagi pun diberi harga spesel jadi aku pun tertarik. Tak cuba terus beli disebabkan tak nak bayar courier charges dua tiga kali.
Bayar pada awal bulan Mei dan dapat produk pada hujung Mei. (seminggu sebelum aku ke CHighland) Aku hanya guna 10 keping, maknanya untuk lima kali pakai.
Pada bulan June … kesemua….aku ulang.. kesemua…. 90 keping . bertukar warna jadi kehitam-hitaman dan mengeras. Hangin tak ?
Bila ke blog minah ni..*aku geram ni... tulis mesej di shoutmix tanya ....tak balas... Tulis lagi....tak balas jugak... Apa ni ? Mana pergi after sales service. Macam ni ke berniaga? Wahh.. masa minta payment disuruhnya email bukti pembelianlah, sms lah.. Pastu segera balas within a menet. Huh..
Aku bukannya nak minta duit tu balik tapi sekurang-kurangnya ekplain lah sikit kenapa boleh jadi macam tu...
Hanya ada seorang yang mungkin hendak beli bertanya pada aku di shout mix pasal tu.
Masa beli tu niat aku nak bagi pada adik-beradik, mak dan mertua pakai…. Dah jadi macam ni…
Jadi, pada sesiapa yang berminat nak beli secara online walaupun tak semuanya macam ni…fikir-fikirkan lah..
Note : aku tau dia baca ni sebab dia ada dlm following list.
Thursday, July 22, 2010
Jangan Menyampuk Cakap Orang...
Angah : Ibu, teacher ajar buat air hari ni.
Aku : ye ke?
Angah : senang kacang jer bu..
Aku : air apa teacher ajar... bagitau ibu.
Angah : air JAGUNG...
Aku : huisshh sedap tu ..macam mana nak buat tu ?
Angah : mula-mula amik air masak..
Aku : air filter tak boleh ke?
Angah : ntah ...teacher tak kata pun boleh..
Aku : pastu ?
Angah : pastu amik buah tu, masuk tempat yang ibu nak buat air buah tu *blender. Dah hancur buah tu kena masuk dalam jug
Aku : dalam cawan tak boleh ?
Angah : boleh tapi kan nak buat banyak ..
Aku : okey.. pastu ?
Angah ; Masukkan gula, kacau-kacau.... rasa...kalau tak manis letak gula lagi.. pastu
masukkan JAMBU yang kena blended tadi.. *ingat ice-blended kot..
Aku : oh......bukan ke Angah kata teacher ajar buat air JAGUNG ?
Angah :ehh... hehehe... Ibu, teacher ada kata kalau orang tengah bercerita jangan sampuk tau. Biar orang habis cakap dulu baru cakap....
Aku : kan dah kena seDas..
Note : aku & abi suka sakat Angah sebab ada aje jawapan yang tak dijangka dari dia.
Till Now.
Wednesday, July 21, 2010
Hati, Mulut & Tekak...
Mulut berkehendak
Tekak memintak-mintak
jumpa lah pulak
2 n3 yang buat perasaan membuak-buak
Malam
Puaslah sudah
Hajat tercapai sudah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
burp... alhamdulillah.
.
.
.
.
.
.
.
.
Note : LiNda..n3 awak memang menggoda !
Till Now.
Ole- Ole Dari China
Citer malam minggu hari tu. Sepatutnya Abi sampai KLIA jam 8malam tapi 10malam hphone out of coverage lagi. Aku dah mula saspens. Dah macam cacing kepanasan.
Sampai kul 1145malam. Belum sempat masuk, semua meluru keluar. Anak-anak jer yea.. aku menten kontrol. Hehe.. Abi senyum jek. Tu pun dah cukup ...huahuahua...luluh jantung dibuatnya.. ok. Stop. Nanti meluat pulak.
Abi ni bukan kaki shopping. Setahun sekali belum tentu dia bershopping kalau aku tak hajak !. Kali ni aku memang serprais. Banyak sungguh Abi beli.
Timaseh bang. Nanti beli lagik..
*lebih minat beg yang flat takde butang2
Untuk sendiri, Abi beli belt , casing hphone, jersey Spain & German, sarung laptop, travelling beg * terpaksa sebab barang banyak sangat.
Note : Bang, pc baru boleh ?
Till Now.
Tuesday, July 20, 2010
Bukan Salah Ibu Mengandung....
Bukan tak nak komen.
tapi bila komen box jenis cam kat bawah ni...
sori lah yer.. memang tak boleh komen.. keluar ERROR MESSAGE !..
Kalau kat rumah hokey sajek..
tapi 9-10 jam masa kebanyakan di ofis.
Jadi...SORILAH Yea.... Ofis guna PROXY..
Unless kengkawan tukar lah ke window pop-up cam kat bawah ni... anytaim aku datang komen insyaAllah.
Till Now.
Note : aku pun guna komen jenis yang atas gak dulu.
Monday, July 19, 2010
Janji
Durian Free ? Siapa Yang Tak Nak Rugi Nya...
Pagi semalam adik aku, Axura aku tefon. Bagitau yang dia ada di rumah mertua dia di Malim Nawar, Perak. Tanya aku ada rumah tak petang nanti sebab dia nak hantar durian. Huisssh… kalau nak kuar pun aku kensel..durian punya pasal. Pulak tu sekarang ni kena pantang makan buah-buahan @ manis2, tak kira..terus langgar pantang.. hehe..
Petang semalam tunggu di Garing, Rawang. Ada banyak pit-stop yang dia nak agihkan. Adik-beradik kan ramai...jadi tak perlu singgah rumah aku kata dia. Jumpa dalam 5-10 minit jer..
Dalam boot keta dia ada 3 guni gula penuh dengan durian. Mak Sedara adik ipar aku punya dusun. Dah tak boleh nak jual dah sebab banyak sangat agaknya.. Dapatlah bahagian aku dalam satu guni beras. 6 biji... semuanya sedap !
Sebenarnya yang buat lagi sedap tu sebab FEREEE... hehe.. Timaseh Tam. Lain Kali bagitau siang-siang, bolehlah aku hulur-hulur sikit..
Note : Along pesan suh buat sup durian pastu nak cicah dengan roti. Dia maksudkan pengat lah tu.. Sup pun sup lah...
Sunday, July 18, 2010
Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang..Rupanya Hujan Panas Di Tengahari ...
Hari ni masak spesel untuk abi .
Dua minggu tak merasa air tangan aku.
Seronok tengok abi makan bertambah.
Friday, July 16, 2010
Kenapa Lelaki Suka Cuci Kereta ?
Setiap pagi lepas hantar anak di nursery aku lalu satu rumah ni. Tuan rumah sedang mencuci kereta. Kalau hari ni mencuci, esoknya mengelap keta, menggilap ataupun mengelap tayar..
Sampaikan dah jadi rutin, ketika nak sampai rumah tu aku teka tuan rumah sedang mencuci ? menggelap? Menggilap? keretanya … hehe..
Think +ve...mungkin setiap hari lalu tanah merah dan lumpur ..
Perlu ke cuci setiap hari ?
Note : Belum kawen cuci setiap minggu... sendiri cuci ..
Dah kahwin anak satu … 2 minggu sekali … kadang2 abi, kadang2 aku
Dah anak tiga ni….. 3 minggu sekali @ sebulan sekali… kedai cuci… itupun bila abi dah buka mulut ..huahuahua..
Till Now.
Thursday, July 15, 2010
..BaaNunChaYa..
Perkataan tu dah lama tak dengar. Mesti kengkawan semua dah kena.
Kali terakhir yang aku ingat masa remaja di rumah mak di BBSentul.
Bila gugel2...rupanya Kos Banci Penduduk dan Perumahan 2010 adalah sebanyak RM200 juta dan ia membabitkan tenaga kerja seramai 29,000 orang. Bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010. Huh... banyak dan ramai sungguh !
8hb lepas bancian untuk penduduk kawasan rumah aku . Masa bancian diadakan aku takde di rumah. Hari bekerja kannn… jadi ditukar ke 10hb. Aku terlupa untuk telefon contact no yang diberikan. *kesian adik tu.. dua tiga kali datang.
Malam tadi.. dalam pukul 900malam. Pintu diketuk.. Terperanjat
Bla..bla..bla…
“Suami akak takdelah dik… “kata aku.
“Takpelah kak, saya duk luar jer… “ kata dia. * kesian dia sambil berdiri menulis/menanda.
Semua soalan dijawab sebaiknya.
Festaim kena banci. Tak tahulah macam mana rupa soalannya. Rupanya bermacam2 soalan. Sampaikan soalannya ada tak peti sejuk, ekon, mesin basuh, microwave, hp, tv…. etc.. Wah detail sungguh !
Note : Terkedu bila dia kata ada satu keluarga di kawasan rumah pendapatan seisi rumah hanya RM1500 dengan anak seramai 6 orang. Keluarga itu mungkin dipilih untuk mendapat perhatian JKM . Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang ada.
Till Now.